Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) ditubuhkan pada 3 November 2021 sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang yang menggalas mandat sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi pembangunan strategik masyarakat Orang Asli di Negeri Pahang. Kami berperanan merancang, mengurus, dan memantau inisiatif sosio-ekonomi yang mampan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti secara menyeluruh.
Memperkukuh sinergi strategik bersama agensi kerajaan dan sektor korporat melalui pendekatan penyelarasan yang lebih terfokus. Sebagai pusat sehenti, ORACO berperanan sebagai pemudah cara yang berkesan dalam mengurangkan kekangan prosedur, sekali gus memastikan setiap inisiatif pembangunan sosioekonomi dilaksanakan dengan lebih lancar dan tepat sasaran.
Menerajui inisiatif peningkatan taraf hidup melalui penyelarasan program Rumah Rakyat Pahang (RRP) dan bantuan Baik Pulih Rumah (BPR), serta memperkasa potensi belia Orang Asli melalui latihan kemahiran dan bimbingan usahawan bagi menjamin kemandirian serta kelestarian ekonomi komuniti.
Memperkasa modal insan pelajar Orang Asli melalui penyediaan infrastruktur pembelajaran digital yang inklusif bagi merapatkan jurang pendidikan dengan arus perdana, seterusnya melahirkan generasi yang kompeten, berdaya saing, dan berilmu.
Mengoptimumkan potensi ekonomi sektor penanaman melalui pengurusan perladangan sistematik serta transformasi pengurusan Program Tanaman Semula Komersial (TSK) bagi memastikan agihan pulangan yang adil dan saksama demi memaksimumkan pendapatan setiap peserta komuniti Orang Asli.
ORACO komited menerajui transformasi sosioekonomi melalui tadbir urus yang telus dan pelaksanaan program strategik demi menjamin kesejahteraan serta kemajuan mampan komuniti Orang Asli di Negeri Pahang.
Program dan sumbangan yang berjaya diberikan kepada masyarakat orang asli
Media Sosial
Ikuti Perkembangan Terkini Kami
Terus berhubung dengan aktiviti terkini ORACO melalui platform media sosial kami
Facebook
@oracopahang
TikTok
@oracopahang